Selamat Datang ke 3D Canvas Photo, ekspresi foto di atas kanvas

ABADIKAN KENANGAN DI ATAS CANVAS

Jika dilihat pada sejarah, para artis menggunakan teknik lukisan minyak yang dilukis di atas canvas (oil painting). Mereka akan menegangkan canvas dengan membuat bingkai pada sebelah dalam bagi memudahkan mereka melukis. Kemudian canvas yang berbingkai akan diletakkan di atas kayu bersegi tiga seperti gambar di bawah. Penggunaan berus, pemilihan warna dan konsep adalah asas bagi seseorang pelukis menghasilkan lukisan mereka. Seseorang pelukis akan mencurahkan idea, luahan perasaan, isi hati dan juga emosi di atas sekeping kanvas yang asalnya berwarna putih ini.

canvas kosong

Kini zaman telah berubah di mana teknologi mengambil alih cara tradisional. Walaupun kita tidak pandai melukis, tetapi kita boleh menghasilkan gambar di atas canvas dengan mencetak menggunakan teknologi sedia ada. Kamera digital menjadi kegilaan ramai tetapi apa yang berlaku gambar yang diambil hanya simpan di dalam hard disk tanpa ada sebarang bentuk hard copy..?

Kalau kita perhatikan kediaman-kediaman mewah dan juga “show unit”, biasanya akan ada lukisan yang digantung pada dinding. Penggunaan bingkai berwarna keemasan, hitam dan pelbagai lagi tidak digunakan untuk menampakkan ciri-ciri hiasan berkonsepkan moden. Penggunaan cermin juga amat jarang tetapi apa yang digunakan adalah seperti sebuah kotak yang digantung di dinding berkenaan. Ini akan menimbulkan lagi lukisan tersebut.

DSC_1021

abadikan potret anda di atas canvas